Thursday 5 April 2012

10 Hadiah Untuk Orang Tersayang

 
Hadiah Mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar -benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
.

Hadiah Tanda Kasih
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
.

Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak di sangka oleh orang yang dikasihi.
.

Hadiah Ketawa
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”
.

Hadiah Puji-Pujian
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.
.

Hadiah Bantuan
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jagaan anak, dan lain-lain.
.

Hadiah Bersendirian
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
.

Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
.

Hadiah Riadah
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang di sukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
.

Hadiah Doa
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada di dalam doa kita.

1 comment:

  1. 10 Hadiah yang sangat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi nice posting.

    follow balik sukses ke 10 thanks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...