andai terguris hati kerana seseorang, baik kerana perbuatannya atau perkataannya , jangan ditelan; tepis dengan senyuman, ingat di hati, bersedih itu dosa. tanam dalam jiwa, bahagia itu dan mengekalkan kebahagiaan dalam hati nurani itu pahala. ikhlaskan kerana ALLAH S.W.T.
andai merasa yang sekiranya kita tidak meluahkan apa yang terpendam di hati maka kita tidak akan dapat kebahagiaan, yakinlah itu semua hanya tipu daya syaitan. kita adalah makhluk Allah yang terbaik, kita lah satu-satunya makhluk yang Allah ciptakan dengan nafsu dan akal fikiran, kita mampu memotivasikan diri kita sendiri.
kita tidak perlu mengadu, mengeluh pada manusia… untuk apa? bukankah manusia itu juga lemah sebagaimana kita… mengadulah, merintihlah kepada DIA, yang Maha Memahami dan Maha Menentukan.
andai mencurahkan perasaan, meluahkan apa yang terpendam di lubuk jiwa pada pasangan, pada rakan taulan, pada sanak saudara, kita hanya menambah kemelut dalam jiwa. masalah kecil jadi besar, yang besar tidak dapat diselamatkan lagi kecuali pada yang mahu mendamaikan pasangan yang mahu bercerai.
lalu, motivasikan diri kita sendiri, bahagiakan hati kita.
2. cari ilmu, baik melalui pengalaman, mahupun pembacaan atau yang terbaik melalui pembelajaran. moga ilmu dengan amal menjadikan kita insan yang jauh lebih baik hari ininya dari semalam. dan dengan ilmu, kita mampu hidup ceria dan dengan ceria, kita boleh menjadi hamba Allah yang jauh lebih solehah dan bertaqwa.
3. membaca Al-quran.
“sesungguhnya dalam al-quran itu terdapat penawar”.
4. menjadikan sunnah nabi sebagai amalan.
“sesungguhnya pada diri Rasulullah itu suri tauladan”.
5. banyakkan berpuasa, sekurangnya isnin dan khamis. kendurnya perut memantapkan akal.
6. memelihara anggota; lidah itu punca masuknya seorang hamba ke dalam neraka..
7. bersabar;
“sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar”
8. banyakkan mengucap ;
“sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, maka kepada Allahlah kami kembali”
9. bersihkan hati. ketahuilah, bahagia itu datang dari hati,bertapak dari hati dan berkembang dari hati, manakala hati itu pula milik Allah, Dialah yang meletakkan segala sesuatu dalam hati manusia, lalu berhabluminallah rupanya membawa bersama kebahagiaan milik manusia

No comments:
Post a Comment