Wednesday 11 April 2012

Roh dan Jasad

Roh dan jasad adalah 2 elemen yang berbeza pada diri kita. Roh berunsur halus dan kita tak nampak, manakala jasad adalah tubuh kita yang kita nampak. Roh yang tenang dan diasuh (diseru dengan kebaikan) boleh mempengaruhi untuk jasad ke arah akhlak yang baik pada diri kita. Contoh : Dalam mendidik anak yang nakal, jangan kita gunakan pendekatan yang jahil terhadap anak iaitu menyakiti jasad seperti memaki hamun, merotan  mereka dll. Sebaliknya cuba kita guna pendekatan mendidik rohnya dahulu. Dikala tidurnya seru diubun-ubunnya.. Katakan kata-kata nasihat dan surah-surah dari Quran dan niatkan untuk mendidik anak berkenaan.. Jangan kita biarkan roh kita sentiasa lemah dan sakit kerana masalah besar nanti sekiranya roh yang sakit tu akan memandu diri dan jasad ke arah kemungkaran. Menjaga jasad yang zahir tidak sesukar menjaga roh. Sekadar tatapan kita semua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...